Saturday, July 10, 2010

SIMPANAN UNTUK MASA DEPAN

PETUA : PENDAPATAN - SIMPANAN = PERBELANJAAN
...
Amalkan formula di atas. Tentukan peratus simpanan daripada gaji bulanan dan berbelanja hanya baki wang yang tinggal.
...
Mungkin ramai yang akan mengeluh dan mempertikaikannya. Mana mungkin sebab sudah banyak komitmen kewangan telah dibuat tahun-tahun sebelumnya. Jangan cepat melatah, bertenang dan cuba analisa kembali corak perbelanjaan tahun 2009. Sudah pasti ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dimansuhkan sama sekali.
...
Kalau tidak boleh juga, setidak-tidaknya apa jua kenaikan gaji tahun ini jangan disentuh langsung. Jadikan ia sebagai simpanan. Bagi yang mampu, asingkan sekurang-kurangnya 10% untuk simpanan. Bagi yang masih muda dan tak banyak komitmen hutang, disarankan simpanlah 20% - 30% daripada gaji bulanan. Sebagai contoh:
...
Pendapatan bulan = RM2000
Simpanan (10%) = RM200
Perbelanjaan = RM 1800
...
Maka, simpanan anda sebulan adalah RM200 sahaja. Setahun simpanan anda RM2400.

Ya, apa kata simpanan anda digandakan dengan AMFLEXI. Ianya bukan sekadar bertambah, malahan anda akan beri pecuma Perlindungan kematian dan hilang upaya kekal.

Cuba anda fikirkan....

2 dalam 1 !!!

No comments:

Post a Comment